Saturday, 24 October 2015

WORKSHOP : HOW TO INCREASE YOUR CITATION










WORKSHOP : HOW TO INCREASE YOUR CITATION






bengkelsitasi - Copy


UUM ONLINE:Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia
(UUM) telah menganjurkan Bengkel Strategi Meningkatkan Sitasi Siri 2
pada 13 September 2015 di EDC-UUM. Seramai 35 orang pensyarah dari
pelbagai pusat pengajian telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen
sepanjang bengkel tersebut.

Bengkel ini memberi pendedahansecarahands-onkepada
staf akademik dengan menggunakan akaun profil Google Scholar,
ResearchGate, Academia.edu dan lain-lain media sosial dalam meningkatkan
sitasi penerbitan. Selain  itu, melalui bengkel ini para peserta
mendapat input tentang kepentingan sitasi dalam usaha memartabatkan
hasil karya para akademik.

Memperbanyakkan penerbitan yang berkualiti untuk meningkatkan sitasi, adalah antara saranan Dr. Nader Ale Ebrahim dari Universiti Malaya (UM). Beliautelah
dijemput untuk berkongsi pengalaman serta memberi bimbingan mengenai
sitasi. Pensyarah digalakkan agar sentiasa menyemak dan menyelidik
status kredibiliti sesuatu jurnal sebelum penghantaran artikel
dilakukan.

Justeru,
RIMC berharap agar penganjuran bengkel ini dapat membantu peserta dalam
memahami strategi dan kaedah pelaksanaan bagi meningkatkan sitasi
penerbitan.
Habis.





WORKSHOP : HOW TO INCREASE YOUR CITATION

No comments:

Post a Comment